Monday, November 28, 2011

Rombongan ke Hatyai 2H1M

Hujung minggu lepas, kami empat beranak telah pergi bercuti ke Hatyai. Rombongan diatur olih pejabat AA.Kami bertolak jam 11.00 malam dari medan Gopeng dan sampai di Bukit kayu hitam jam 5.00 pagi.Ketua rombongan menguruskan semua urusan dengan imegresen malaysia tapi urusan dgn imegresen Thailand perlu dilakukan sendiri.
Salepas solat subuh dan sarapan pagi, ketua rombongan dari Thailand mengambil alih tugasan sebagai "tour leader" mula memberi penerangan kepada kami tentang program percutian tersebut. Satu percutian yang rengkas tapi padat.
Perjalanan dari Danok atau Bt Kayu Hitam dipenuhi olih penerangan olih Kak Shida(tour leader siam kami) Kami diajar beberapa perkataan siam yang mudah dan mungkin akan digunakan kelak.Kami dibawa bershoping di Nora Plaza yang menjual barangan kulit daripada kulit lembu dan kulit kambing dan ke Hatyai City tour , terus makan tengah hari di sebuah restoren islam disana. Salepas lunch kami check in hotel untuk membersihkan diri dan keluar kembali untuk lawatan seterusnya Kami dibawa ke Kedai madu lebah yang terkenal dengan madu lebah asli nya,kemudian ka Tang Kuan Hill station (105m tinggi)yang seakan bukit bendera di Pulau Pinang cuma untuk naik kepuncak ada disediakan lift yang mengantikan tangga. Dipuncak nya kita dapat melihat keindahan pekan songkla dan udaranya agak sejuk sikit dipuncak.Kami juga dibawa melawat pantai Samila, Klonghae floating Market dimana berbagai barangan dijual olih peniaga peniaga dari dalam sampan dan seterusnya menghabiskan masa dipasar malam disitu.
Balik ke hotel kena berjalan kaki atau ikut suka sendiri, naik tuk tuk sebab bas tidak dapat menunggu kami dikawasan pasar malam.Jarak antara hotel dan pasar malam hanya 400 meter.Nama Hotel kami River Grand Suite Hotel atau nama lama nya disebut River Inn.Hotel ini bolih lah dikatakan sebagai muslim hotel kerana berdekatan dengan tempat tempat makan muslim.
Satelah sampai dihotel, ramai yang telah keletihan, maklumlah kira macam 24 jam kami duduk dalam bas atau berjalan serta shoping sejak dari mula bertolak dari Ipoh.Kaki pun terasa sakit sakit dan leteh tetapi kak Shida telah membuat perancangan dengan tukang urut disitu.
Dengan bayaran RM 30.00 kami mendapat rawatan urutan badan selama 2 jam dibilek.Lepas diurut, badan terasa selesa sekali.

Hill station dan panorama dipuncak
Rumah api dipuncak
Bergambar ramai didepan hotel sebelum bertolak balik

Tuesday, November 15, 2011

RUMAH KEDAI KAMI

Alhamdulillah, pembinaan rumah kedai kami berjalan lancar.Kontractor ini memang boleh diberi pujian diatas semua kerja kerja yang dilakukan.Aku yang mengawasi kerja pembinaan, bermula dari kerja kerja menanan cerucuk sehingga lah kepada kerja memasang batu bata, kerja kerja atap dan menyemen amat teruja melihat cara cara mereka berkerja.Amat teliti, teratur dan kemas kerja mereka.Aku amat gembira sekali melihat mereka berkerja setiap hari.
<
Lihatlah kemajuan kedai kami ini.Kini ianya sudah siap sepenuhnya dan hanya menunggu sijil layak duduk dari Majlis bandaraya ipoh






















Aku sangat sangat berharap agar semua nya berjalan lancar. Inshaallah

Sunday, March 27, 2011

TUGAS BARU KU

Sebaik selesai menguruskan pembinan rumah emak, aku mendapat tugasan baru. Nasib baik ia berlaku berturutan, kalau tidak tak terkejar dibuatnya.Tugas ini lebih mencabar dan memerlukan banyak pengawasan yang rapi kerana aku bukan mempunyai pengalaman dalam kerja kerja begini.
Kini aku menjadi "site manager" untuk pembinaan rumah kedai di jalan raja kg manjoi ipoh.
Kedai asal
Kerja kerja pembinaan.




20% yang sudah siap dan situasi terkini.

Sunday, March 6, 2011

RUMAH BARU EMAK SUDAH SIAP



Pada bulan november 2010, rumah emak siap dibena . Rumah dicat warna krim dan tingkap tingkap dicat warna merah dikeliling nya. Ini semua warna pilihan abang.Rumah baru mak mempunyai empat bilek tidor satu hall yand sederhana besar dan ruang dapur yang agak luas, 3 bilek air dan satu car porch yang luas.

Saperti biasa apabila kita memasuki rumah baru, ada lah beberapa pekara yang perlu dilakukan.Kami mengadakan majlis doa selamat dan kesyukuran pada bulan tersebut. Sebelum itu kami bergotong royong membersihkan kawasan rumah serta menanam rumput dan beberapa pokok pokok bunga disitu.

Emak memang gembira dengan rumah baru ini kerana ia lebih selesa bagi nya daripada rumah lama yang dua tingkat.Kami semua pun tumpang gembira walaupun kami tidak tingal disitu lagi.Rumah lama tetap kekal dalam kenangan kami.Rumah no 403 dulu dan kini.

Friday, March 4, 2011

Bertemu kembali

Assalamulaikum semua.
Blog ini mula ku tulis pada cuti maulidur rasul tahun 2010. Kini Maulidur rasul bagi tahun 2011 baru saja berlalu.Cukup pantas masa berlalu dan baru aku sedar, blog ini telah terbengkalai selama lebih kurang 5 - 6 bulan kerana beberapa urusan yang terpaksa ku lakukan.Mungkin blog ini tidak begitu popular, tetapi yang pasti aku gembira menulis berita dan cerita itu ini disini. Aku bercadang untuk menulis semula dan semoga ada yang sudi membaca nya

Nantikan lah berita dari blog ini.

Wassalam