Tuesday, April 13, 2010

Rumah kampung ku


Seingat aku, ketika aku berumor 9 tahun abah membina rumah ini. Rumah ini tinggi dari paras tanah, tapi bukan dua tingkat.Rumah kampung biasa tiang kayu.Mula mula nya hanya ada rumah ibu saja tidak dibina bahagian dapur kerana budget tak cukup kot.Aku masih ingat abah kata , tanah tu kena buat rumah cepat supaya pejabat tanah tak ambil balik tanah tu.Dalam tak ada duit pun terpaksa lah abah buat rumah.Kira ribu ribu juga abah belanja buat rumah tu.Rasa nya habis lah duit simpanan abah masa tu.Duit simpaan abah pun bukan nya banyak, maklum lah gaji abah kecil dan kami adek beradek ramai.Maka jadi lah rumah tu separuh siap.Asal nya emak suruh buat pondok kecil aje tapi abah kata alang alang buat , biar lah besar.Tiang rumah adalah kayu 6"x 6" jadi rasa tak berapa kuat sebab tinggi tapi itu yang mampu dibayar oleh abah.Maka terdiri lah rumah keluarga ku di kampung itu.

Rumah itu dibuat berperingkat peringkat sampai siap.Tukang buat rumah pun ada 4-5 orang sebab tukang tukang tu selalu lari dan tidak siapkan kerja masing masing.Abah terpaksa mencari tukang lain untuk siapkan kerja kerja yang terbangkalai.Ada tukang yang pandai cakap aje tapi buat kerja tak pandai. Kesian tengok abah berusaha untuk menyiapkan rumah itu.Satelah beberapa tahun maka rumah itu pun dapat disiapkan.Ia bermula dengan dicat dengan minyak hitam (supaya tak makan dek anai anai)lepas itu dicat lagi dengan cat alluminium beberapa tahun kemudian dan akhir sekali ia dicat dengan cat ICI warna kuning.Cat mengecat ni dibuat oleh kami adek beradek.Semua ruang rumah tu kami panjat dan cat. Masa tu kami tak takut pun nanti jatuh ker sebab budak apa lah dia tahu akibat akibat yang mungkin di terima jika jatuh nanti.Yang pasti abah telah buat sebaik mungkin pelantar tempat mengecat dan alhamdulillah, belum ada sesiapa yang jatuh.

Dek kerana kampung tu belum ada bekalan air dan letrik, maka bila rumah dah siap kami tak berapa suka nak pindah kesitu.Kami semua nak tinggal dibarek polis lagi sebab abah seorang anggota polis.Akhir nya rumah itu disewakan secara kontrak...tak payah bayar sewa tapi tolong siapkan bilek air dan tandas.Penyewa tu tinggal disitu lebih kurang 2 tahun sebelum abah hendak kami semua berpindah ke situ.Dari hari itu sehingga lah kini kehidupan kami berligar di rumah kampong itu.Rumah itu telah di tambah secara sedikit saperti tukar atap zinz kepada abestos warna hijau, tambah dinding ditingkat bawah dan ditukar tingkap cermin sehingga lah ia menjadi saperti dalam gambar.Rumah No 403.