Tuesday, March 16, 2010

Yang nak bersara.......

Sabtu lepas, aku dan suami pergi keluar breakfast diwarung kegemaran kami berdua. Aku suka half boiled eggs diwarung tu dan juga kuew teow goreng nya.Boleh lah sekali sekala pekena makanan macam ini...faham faham lah umur dah meningkat.

Hari tu dapat jumpa member masa belajar di U dulu. Kawan suami sebenar nya tapi sebab sama U aku pun tumpang sekaki bersembang rancak.Yang pelik nya member member suami aku ni ramai yang kenal kat aku masa kat U,cuma aku yang tak tahu sangat.Agak nya aku ni pendiam atau pun aku cantik kot..ha ha..jadi famous lah among the boys.
Dalam rancak makan berdua tu ternampak member tadi. Dia tinggal di taman Botani..dekat gopeng atas lagi tapi sebab suka makan kat warung ni dia dan isteri sanggup drive sampai ke jalan jelapang..makan punya pasal.Kami ajak makan semeja kerana tempat kosong memang dah tak ada kalau datang lambat kewarung ini.

Pada masa masa begini tentu lah soalan cepumas akan keluar 'U bila bersara dan umur berapa'?Nampak member yang akan bersara 58 macam tidak sabar nak menunggu ketibaan ke umur itu...konon silap sain borang option. Yang akan bersara 56 pun macam gembira sangat kerana masa dah nak hampir tiba.Kami amat gembira dengan pertemuan ini dan mungkin akan membuat temujanji untuk bertemu lagi selepas ini.inshallah

Suami dan member rancak bercerita tentang member yang akan bersara dan yang sudah bersara dan aku pula bercerita dengan isteri nya yang telah pun bersara sebagai guru..katanya "abang suruh bersara cepat".Berapa umur dia bersara aku tak tanya.
Lepas makan dan bersembang panjang, kami lihat member tadi kena makan ubat. Wow..Si suami kena makan 18 biji dan isteri 16 biji....macam macam penyakit..dari 3 serangkai dan lain lain.Phew!
Ada kah ini perjalanan hidup seorang bakal pesara. Cukup kah bekalan untuk bersara?Apa kah nasib seorang pesara selepas ini.

Friday, March 5, 2010

APA YANG BAKAL TERJADI

Apabila kita marah,apakah akibatnya?Ada orang yang berkata,kalau saya marah pun lepas tu semua nya settle atau lebih kurang"no hard feeling".Saya tak simpan lama lama.Saya bolih marah marah seumpama bom atom tapi lepas itu bolih cool...tak ada apa.Itu lah kata kata orang yang memarahi.

Bagaimana pula rasanya orang yang kena marah.Untuk mengetahui nya, kena lah dicari satu petunjuk yang bolih menunjukkan akibatnya.Saorang professor telah menganjurkan supaya sesiapa yang hendak marah,mencari sekeping papan dan paku.Setiap kali hendak marah, pakulah papan tadi dan cabut semula paku itu.Lakukan perbuatan ini setiap kali anda marah...marah2x..paku 2x,5x ?..10x? dan seterusnya.

Akhir sekali lihatlah apa yang terjadi pada papan tadi?Kesan paku paku tadi tidak akan hilang dan akan kekal begitu.Satu hasil yang tidak begitu menyenangkan.Olih itu, berfikirlah sebelum memarahi seseorang.Fikir kan akibatnya dan jangan bertindak melulu.