Friday, September 24, 2010

Buah pamelo atau Limau tambun


Baru baru ni AA membawa beberapa biji buah pamelo.Ada orang panggil buah ini limau tambun kerana ia banyak ditanam di tempat bernama Tambun.Buah tertinggal didalam kereta kerana hari itu kerana katanya dia tak berapa sehat. Badan rasa nak demam kata nya.Besok nya baru aku pergi ambil dalam kereta. Kereta tu pun bukan ada tempat parking, berjemur sahaja dibawah panas matahari.
Buah buah itu dibungkus didalam plastik.Bila dikeluarkan dari kereta aku lihat plastik tu berpeluh dan ada bekas air didalam kereta, maklumlah telah berjemur didalam kereta.Aku membawanya kedapur dan terus mengupas satu biji.Kata AA buah tu jenis J8. Buah yang warna kemerahan pula adalah jenis melomas.Aku mula merasa buah tersebut.. memang manis dan masih segar/juicy walaupun telah dua malam tidor didalam kereta AA.
Buah pamelo ini memang terkenal sebagai buah yang tahan lama dan amat popular dikalangan masyarat cina terutama pada musim tahun baru Cina.Masa aku masih belajar dulu , biasa lah bila tahun baru cina, balik cuti bas yang aku naiki akan dipenuhi olih buah pamelo yang dibawa olih penumpang bangsa cina untuk saudara mara mereka. Sewaktu kecil aku tidak berapa suka buah pamelo ini kerana rasanya kelat semacam. Orang kata belum pecah gula.Ipoh tempat aku tinggal memang terkenal dengan buah ini jadi aku agak hairan kenapa lah semua orang nak bawa balik buah pamelo yang kelat ini untuk saudara mara.
Kini aku telah dewasa dan telah mengerti akan manis dan lazatnya buah ini.Ia bermula apabila AA mula berkerja diKK dan membawa buah pamelo ini balik apabila tiba musim nya.Baru kini juga aku mengetahui tentang potensi buah pamelo ini sebagai satu sumber pendapatan sampingan yang amat baik.Kata AA kalau ada 20 pokok pamelo baka baik yang matang dan dijaga dengan rapi, dibaja dan buah buahnya di palut kemas ia boleh memberi pulangan Rm 60,000.00 setahun.Satu angka yang diluar jangkaan dan nampak begitu mudah.Aku ingin menceburi bidang ini kerana 20 pokok tidak lah memerlukan tanah yang begitu luas.Ipoh adalah tempat asal pokok pamelo yang yang bermutu tinggi kerana tanah nya yang bersesuaian dan aku ingin mencuba nya.
Langkah pertama yang telah ku ambil adalah menanam pokok limau nipis tanpa biji ditepi rumah ku dan ia telah mula berpucuk dengan baik. Akan ku belai dan ku bajai pokok limau ini.