Sunday, March 27, 2011

TUGAS BARU KU

Sebaik selesai menguruskan pembinan rumah emak, aku mendapat tugasan baru. Nasib baik ia berlaku berturutan, kalau tidak tak terkejar dibuatnya.Tugas ini lebih mencabar dan memerlukan banyak pengawasan yang rapi kerana aku bukan mempunyai pengalaman dalam kerja kerja begini.
Kini aku menjadi "site manager" untuk pembinaan rumah kedai di jalan raja kg manjoi ipoh.
Kedai asal
Kerja kerja pembinaan.




20% yang sudah siap dan situasi terkini.

Sunday, March 6, 2011

RUMAH BARU EMAK SUDAH SIAP



Pada bulan november 2010, rumah emak siap dibena . Rumah dicat warna krim dan tingkap tingkap dicat warna merah dikeliling nya. Ini semua warna pilihan abang.Rumah baru mak mempunyai empat bilek tidor satu hall yand sederhana besar dan ruang dapur yang agak luas, 3 bilek air dan satu car porch yang luas.

Saperti biasa apabila kita memasuki rumah baru, ada lah beberapa pekara yang perlu dilakukan.Kami mengadakan majlis doa selamat dan kesyukuran pada bulan tersebut. Sebelum itu kami bergotong royong membersihkan kawasan rumah serta menanam rumput dan beberapa pokok pokok bunga disitu.

Emak memang gembira dengan rumah baru ini kerana ia lebih selesa bagi nya daripada rumah lama yang dua tingkat.Kami semua pun tumpang gembira walaupun kami tidak tingal disitu lagi.Rumah lama tetap kekal dalam kenangan kami.Rumah no 403 dulu dan kini.

Friday, March 4, 2011

Bertemu kembali

Assalamulaikum semua.
Blog ini mula ku tulis pada cuti maulidur rasul tahun 2010. Kini Maulidur rasul bagi tahun 2011 baru saja berlalu.Cukup pantas masa berlalu dan baru aku sedar, blog ini telah terbengkalai selama lebih kurang 5 - 6 bulan kerana beberapa urusan yang terpaksa ku lakukan.Mungkin blog ini tidak begitu popular, tetapi yang pasti aku gembira menulis berita dan cerita itu ini disini. Aku bercadang untuk menulis semula dan semoga ada yang sudi membaca nya

Nantikan lah berita dari blog ini.

Wassalam