Monday, May 3, 2010

Surah Al fatehah

1. SURAH AL FATEHAH – Doa pembuka kepada segala urusan

“Dengan nama Allah yang maha pengasih lagi maha penyayang. Segala puji bagi Allah, Tuhan seru sekelian alam. Yang maha pengasih lagi penyayang. Yang memerintah pada hari kemudian. Hanya Engkaulah yang kami sembah dan kepada Engkaulah kami memohon pertolongan. Tunjukilah kami jalan yang lurus, iaitu jalan yang Engkau kurniakan atas mereka yang mendapat nikmat dan bukan jalan mereka yang dimurkai dan bukan pula jalan mereka yang sesat.” (Amin)

(Nasihat dari Ustaz Syed Abdillah Ahmad Al Jufri dan Ustaz Ahmad Sonhadji Mohamad)

Sebaik-baiknya dibaca setiap kali ketika hendak memulakan sesuatu perkara (belajar dan memulakan kertas peperiksaan)