Thursday, August 19, 2010

Perlu waspada

Pagi tadi aku pergi ke hospital RPB.Dua minggu lepas aku telah pergi tetapi silap hari rupa nya.....terlalu ramai orang...hari untuk pesakit kencing manis, darah tinggi dll.Mesin bagi nombor pesakit pun sudah jem...aku terus pulang kerana malas nak tunggu lama.Nasib baik hari ini,tidak begitu..alhamdulillah tak lama menunggu.

Ditempat menunggu doktor, aku perhatikan ada seorang wanita muda kurus, membawa empat orang anak nya sekali.Yang sulong perempuan, mungkin umur tujuh tahun dari susuk badan nya, yang kedua nya agak aku dalam 3-4 tahun ,yang ketiga nampak baru pandai berjalan dan yang ke empat dan didukung olih sikakak..mungkin belum setahun. Ibu nya (sipesakit)senyum kepada ku sebelum berjalan menuju ke despensari.

Selepas mereka berlalu, aku terfikirkan bagaimana ibu muda ini hendak mengurus kesemua anak nya ..untuk melintas jalan..... semasa beliau berjumpa doktor...atau waktu hendak mengambil ubat nanti?Aku terbayang didalam akhbar media masa, dalam ruang internet dan juga dikaca TV, bagaimana anak anak kecil diculik dipasar pasaraya, ditaman permainan dan terus tidak dapat dikesan.Siapa yang menculik mereka dan apa kah tujuan nya. Tidak ada surat ugutan dan tidak ada tuntutan.

Bagaimana keselamatan kanak kanak tadi...sekira nya ibu muda tadi teralpa atau penculik berada disitu.Aku hanya berharap, agar wanita ini dapat kembali kerumahnya dengan selamat bersama dengan anak anak nya.Harapan ku semoga suami nya ada menunggu diluar kawasan klinik .Doa ku untuk ibu muda ini.