Tuesday, May 18, 2010

Berita gempar!!!!


Jam didinding telah menunjukkan pukul 9.00 malam.Talipon dirumahku tiba tiba berdringggg.Suami ku menjawabnya dan terus memanggil aku kerana panggilan itu untuk aku.Aku segera mengambil gangang talipon dan mendengar butir butir yang diperkatakan.
" ni nak cerita satu pekara penting...important ni"suara dari gangang talipon berkata

"ha apa hal lak ni"kata aku cemas.
" gini citernya....petang tadi HP mak menunjukkan ada dua bar..pas tu semua bar nya hilang.Mak kata dah habis bateri dan mak terus pergi caj. Bila rasa dah cukup masa mak suruh kakak pergi ambil HP dia didalam bilek untuk di on kan"

"Kamu tahu bila di on kan yang keluar di skrin....Sila masukkan kad SIM anda."Kad apa lak...kami tak keluarkan kad sim tu pun..camna lak jadi begini"kata kakak ku."Akak suruh anak kamu buka dan tengok...rupa rupanya kad SIM mak dah hilangggg"begitu kata kakak ku
" ha"..kata aku.."phone itu pakai line..bukan prepaid...bahaya ni kata aku".Sabenarnya talipon mak adalah supplementary line dibawah line talipon aku.Kalau orang ambil sim kad tu call merata rata..bolih pening aku nanti nak membayarnya..Itu lah yang gemparrrr!!!ha! ha!

" ni yang nak bagi tahu ni..cepat pergi blok supaya dia tak pakai giler giler nanti"...kata kakak
"Hairan ya..camna boleh hilang lak...siapa ada masuk dalam bilek mak ya?"..kami berdua mula meneka neka.Siapa yang ambil ?Hairan aku memikirkan nya.Tak apa lah..nanti aku akan pergi uruskan walau pun hati risau memikirkan nya.Anyway apalah yang bolih dibuat pada ketika itu. Hari dah malam, takkan nak gi kedai talipon pulak malam malam buta ni...aku kata besok aku akan buat apa apa yang perlu.

Pada kesokkan hari nya aku pun merancang bila masa yang sesuai untuk ke kedai talipon tu. Kena kira masa yang sesuai untuk elak jem dan tak mengganggu masa kerja aku. Kita kerja dengan dipejabat kerajaan ni perlu ada perancangan untuk kerja kerja diluar pejabat untuk urusan peribadi......Hari isnin aku telah pergi seminar diSUK, hari selasa aku cuti untuk buat urusan peribadi diluar yang agak lama..hari rabu baru mula kerja...memang banyak kerja nak disiapkan ni......tetapi aku perlu keluar hari ini untuk selesaikan hal talipon mak aku.

Last last baru aku ingat..bolih talipon aje . Tapi nak talipon no apa? Aku teringat laman sesawang telco tersebut dan terus mencari no talipon nya.Panggil call centre dia. Lega sikit rasanya bila dah dapat no talipon tu.Terus aku menalipon nombor tersebut tapi perlu bersedia lah dengan arahan arahan saperti..press 1..press 2 ...press 3 dan seterusnya.Biasa lah..siap dengan lagu nya, promo promo nya dan finally somebody will answer( kalau nasib baik..tak putus)Aku terus memaklumkan mengenai masaalah aku kepada nya dan dengan segera dia membatalkan no serial SIM kad HP mak dan di ikuti dengan arahan"Puan bolih datang ambil Sim kad baru dalam tempoh 6 hari."Yang hilang hanya lah satu SIM kad..yang sangat kecil tetapi punya panik dan risaunya kita dibuatnya.

Begitu lah mudahnya menjalankan urusan dengan teknologi yang ada disekeliling kita dan juga kesusahan yang mungkin dibawanya.Hanya dengan hujung jari banyak urusan urusan dapat diselesaikan.Adakah kita mengawal teknologi atau sebaliknya. Apa apa pun sekarang aku bolih pileh hari hari yang sesuai untuk aku pergi mengambil sim kad yang baru untuk ibu ku.Yang pasti aku akan pergi hari sabtu ini tanpa menganggu masa kerja ku.Maaf lah mak..lewat sikit