Wednesday, April 28, 2010

Biji Saga


Ditempat aku berkerja ada sebatang pokok saga yang lebat buah nya.Biji biji saga ini bertaburan dibawah pokok tersebut. Terbiar dan tidak dipedulikan.Ia berbuah sepanjang masa.Merah dibawah pokok tu jika buah nya lebat.Biji saga berwarna merah , cantik berkilat dan bentuk nya sama antara satu dengan lain.Melihat biji biji saga tu membawa kenangan semasa kecil waktu bersekolah dulu.

Masa mula mula masuk sekolah, untuk belajar ilmu hisab digalakkan mencari biji saga.Aku tidak ingat mengapa tetapi dari kakak dan juga abang abang aku yang senior, semua nya menggunakan biji saga apabila mula bersekolah.Sudah pasti masa itu aku juga bersemangat untuk mengumpul biji saga aku sendiri...untuk belajar ilmu hisab atau kira kira atau juga dipanggil mathematik (pinjam lagu siti sifir dari TV)Memang masa itu ramai kawan kawan aku juga mempunyai biji saga untuk tujuan tersebut.Sesiapa yang tidak ada biji saga, terpaksa lah mengira guna jari tangan dan jika banyak angka nya terpaksa lah guna jari kaki pulak atau pun paling kurang pakai biji asam jawa.Masa itu mana ada kalkulator atau sempoa yang budak budak sekolah melayu bolih gunakan selain biji saga. Memang biji biji saga ini banyak membantu kami semua masa tu.

Che gu selalu kata gunakan biji saga ini supaya dapat mengira dengan betul. Satu saga campur satu saga jadi dua saga.Bukan proton saga ya.Waktu itu kami akan menjaga biji biji saga itu dengan baik. Dikumpul dan disimpan balik lepas digunakan.Bukan bolih dibeli dikedai..kena cari sendiri dibawah pokok dan bukan bolih selalu pergi merayau mencari biji saga ni.Nanti mak marah.Biasa nya bila dah nak masuk darjah tiga tak perlu lah pakai biji saga lagi sebab dah bolih mengenal angka angka dan tahu mengira dengan baik.Kalau ada adik lagi, bolih lah diwarisikan kapada adik pulak.

Kekadang aku terpikir juga, kenapa sekarang tidak digunakan lagi biji saga ni.Kata kawan aku ditempat kerja, budak budak sekarang ni pandai nya lebih.Silap haribulan dimakan nya atau paling tidak disumbatnya kedalam hidung lah, dalam telinga lah dan macam macam lagi..takut juga kalau difikirkan.Zaman aku kecil, pekara pekara ini tidak pernah berlaku.Kami semua budak budak yang baik.Sekarang ni zaman moden guna lah kalkulator atau komputer..bergerak seiiring kemajuan teknologi.Zaman aku belajar, cukup lah biji saga membantu kami semua belajar mengira.Aku ,abang,kakak dan adik kini semua nya telah berjaya didalam kehidupan dan kerjaya kami.Terima kasih kepada pokak saga yang mengeluarkan biji saga.

Begitu lah nasib biji saga.Apa kah ada kegunaan lain atau khasiat tertentu sewaktu ia dicipta dulu olih tuhan atau sekadar untuk kami menggunanya disekolah.Cuba kita mencari potensi biji saga.