Wednesday, November 20, 2013

PERCUTIAN KE SURABAYA


Syarikat pernerbangan Air Asia menawarkan tiket tambang murah kedalam email aku.Rasa teruja juga nak pergi melancong kesana sini lagi dengan tiket yang murah murah begini.Aku mula berminat dengan syarikat tambang murah ni selepas diperkenalkan olih anak lelaki ku dan bila dapat bercuti bersama mereka ke Bandung sebagai destinasi pertama.Orang kata tak kenal maka tak cinta.Aku kini dah jatuh cintalah kira nya.

Saya dan suami mula memilih tempat tempat yang menarik untuk dikunjungi dengan membandingkan harga tambang penerbangan.Ada tempat yang menarik tetapi sukar untuk mendapat tiket murah kerana telah habis di tempah.Tiket pada hujung minggu memang mahal sedikit dari hari hari biasa.Kami berdua adalah pesara kerajaan dan masa tidak menjadi halangan kepada kami. Kami akhirnya memilih Surabaya sebagai destinasi percutian kami kali ini kerana disamping mendapat tiket tambang pergi balik yang agak murah, kami juga mempunyai voucher hotel empat bintang di sana.Kami berdua memilih 14-18 februari 2011 (hari biasa) untuk kesana.Kira berbaloi lah percutian ini.

Kami menginap dihotel Garden Palace dan pada hari tersebut terdapat pengunjung dan penghuni hotel yang datang untuk meraikan Hari valentine.Kami menerima dua biji cup cakes pada malam nya sempena perayaan tersebut.Rezeki kami lah walau pun kami tidak menyambut hari valentine itu.

Hari pertama diSurabaya 15/2/2012
Dari pembacaan kami sebelum kesana, kami bercadang untuk melihat kesan dan akibat bencana "tragedi lumpur panas Porong Sidoarjo".Memang sedih melihat 
dan mendengar cerita mengenai kejadian tersebut.Beberapa buah kampong telah ditengelami lumpur panas dan penduduknya terpaksa berpindah tanpa sebarang ganti rugi dari pemerintah,Lumpur panas itu bercampur minyak dan natural gas merupakan hasil bumi kampong tersebut.

Gas asli yang keluar dari kawasan tersebut
Rumah yang ditengelami lumpur hingga ke paras bumbung
Masjid berhampiran yang terbengkalai kerana kepanasan dari gas tadi





 Hari kedua 16/2/2012
Hari ini kami menyewa teksi untuk melawat kawasan kawasan sekitar surabaya yang mempunyai cerita menarik. Kami melawat masjid biru "Masjid Nasional Al Akbar Surabaya" dan menunaikan solat zohor di sini.
Masjid Al Akbar Surabaya






Kami juga dibawa melawat makam makam yang popular disana dan akhir sekali dibawa melintasi jambatan suramadu yang menghubungi surabaya dan pulau madura.Nama jambatan diambil dari pencantuman dua nama ini dan jambatan ini baru sahaja siap dibina Pembinaan jambatan ini dijangka dapat merancakkan pembangunan pulau madura sebagai destinasi pelancungan kelak.Kami juga melawat kawasan industri kulit yang menjual hasil kerja tangan penduduk tempatan saperti bag tangan dan lain lain.Pada waktu malam lampu lampu yang menyala di jambatan ini menambahkan keindahan surabaya dan pulau madura.
Jambatan Suramadu
Dari jambatan menuju ke pulau Madura
 

 Kami juga tidak melepaskan peluang untuk menziarah masjidMuhamad Cheng Hoo disini

Masjid Muhammad Cheng Hoo



hari ketiga 17/2/2012
Hari ini kami menumpukan lawatan ke gedung membeli belah dan sekadar bersiar siar dikawasan yang berdekatan dengan hotel sahaja.Berdekatan dengan hotel kami terdapat sebuah replika kapal selam armada indonesia.Kami berpeluang memasuki kedalam kapal selam dan dapat memahami serta merasai keadaan didalam nya.Memang satu kawasan yang agak kecil dan ada juga timbul rasa takut berada didalam nya.Tidak dapat nak dibayangkan perasaan anggota tentera laut yang bertugas didalam kapal selam itu.Mereka disitu kerana tugas

 Hari ke empat 18/2/2012
Hari ini adalah hari terakhir kami diSurabaya. Surabaya yang konon nama nya  berasal dari pertembongan sang buaya (baya ) dengan ikan jerung (digelar sura).Terdapat beberapa patong replika buaya bertarung dengan jerung di surabaya..Selamat tinggal Surabaya
Replika buaya bertembung dengan jerung

Dilapangan terbang untuk berangkat pulang