Monday, August 9, 2010

My Pussy



Pada petang hari khamis 5/8/2010, apabila pulang dari kerja, saperti biasa aku akan singgah di rumah 403 yang sedang dalam pembinaan.Pertama nya , sudah tentu untuk melihat kemajuan nya kerana aku perlu melapur kembali kepada abang ku di Kuala Lumpur dan yang kedua dan amat ku gemari adalah untuk melihat kucing ku yang bernama Pussy.Kucing Pussy ku itu adalah dari baka kacukan jadi badan nya agak besar.Pussy dijaga olih emak tapi Pussy tidak mengikut emak kerumah kakak kerana rumah kakak juga mempunyai kucing nya tersendiri, yang hero.Pussy ku telah dikasi...jadi aku tak berani tempatkan mereka bersama.Dia amat manja dengan emak.Pussy ditinggalkan dipondok.Sebenarnya Pussy cuma datang makan dipondok, tempat tidornya adalah dirumah jiran dekat situ.Cara ini rasa nya selamat kerana dia sudah biasa dengan jiran tadi.Rumah 403 dan rumah kakak dekat saja cuma diatas bukit.Hari itu anak saudara ku berkata bahawa pussy tidak datang makan ketika mereka mengisi bekas makan pussy.Aku agak risau dan besok nya juga mereka berkata yang sama.Memang pussy tidak datang saperti biasa setiap petang.

Hari sabtu, salepas sarapan aku terus ke rumah 403 kerana aku juga telah merindui pussy ku itu.Kami terus memanggil nama pussy beberapa kali tetapi masih tiada kelibat pussy.Pussy senantiasa datang bila di panggil. Kemana pula pussy ku ini?Aku terus bertanya kepada dua orang pekerja cina yang ada disitu

"Aaah..itu kucing warna putih..besar besar punya....sudah mati loo.Itu hari saya mari punya jam dia sudah mati ...saya ingat kereta langgar..apa kereta saya tak tahu..tapi saya sudah tanam bawah itu pokok."Berita itu terus menyentap jantung hati ku...aku rasa nak menangis..amat sedeh dan pilu sekali.Aku terus pergi ketempat ia ditanam... aku sebak.Pussy kesayangan emak dan anak ku di KL.Aku memberitahu anak ku dan kami berdua merasa amat kesal kerana tidak mengurung pussy atau menempatkan nya bersama emak...rasa saperti bersalah kepada Pussy.Pussy lah yang pertama mendiami rumah baru emak...tapi tak dapat merasa rumah baru yang dijangka siap pertengah bulan ini..sebelum raya bersama sama kami.Kami semua bersedeh diatas kematian Pussy.Selamat tinggal Pussy walau pun Pussy tidak dapat membalas lambaian dari kami.