Thursday, May 6, 2010

Rumah nombor 403












Rumah no 403.Sebuah rumah yang mempunyai banyak kenangan manis bagi ku secara peribadi.Rumah itu terlalu sentimental dan nostalgic buat ku.Sesuatu yang terlalu indah.Sukar untuk dinyatakan dengan pekataan.

Baru baru ini, ada desas desus menyatakan bahawa rumah ini akan dirobohkan untuk didirikan satu rumah banglow batu baru.Konon nya rumah ini telah dimakan anai anai.Satelah memeriksa rumah tersebut, memang terdapat kayu kayu yang telah dimakan anai anai. Emak telah berkali kali menganti beberapa batang kayu di bahagian porch kereta kerana dimakan anai anai.Rupa rupa nya kayu kayu yang digunakan untuk membuat porch kereta dan dapur tidak dirawat dengan minyak hitam terlebih dahulu saperti yang telah aku lakukan untuk kayu kayu dirumah ibu.Berpunca dari kayu tersebut, maka kini ia telah merebak keseluruh kayu diruang dapor dan porch kereta.Ruang bahagian rumah ibu nampak masih okay dan tidak banyak yang rosak.

Plan bangunan dari MBI juga konon nya telah diperolihi.Harga rumah baru itu aku tidak tahu kerana kata nya abang akan membayar keseluruhan harga rumah itu.Kami semua disuruh membantu memindahkan barang mak ke pondok sementara yang akan dibina.Semasa pembinaan mak akan tinggal bersama dengan kakak dirumah anak kakak.Aku dan adik lelaki aku, akan mula memindahkan barang barang dalam bulan mei 2010 ini dan rumah baru dijangka siap sebelum hari raya puasa.Inshaallah.

Saperti biasa bila memunggah barang lama, akan terjumpa gambar gambar lama rumah itu.Rumah yang dari perengkat awal pembangunan nya, aku dan arwah abah lah yang kerap datang menjenguk. Aku mengecat rumah tu sementara abah mencangkul tanah tanah lapang didepan kawasan rumah untuk ditanam dengan pokok pokok.Tujuan nya untuk mengurangkan lalang.Kami berdua menanam pokok pisang, pokok kelapa dan juga pokok ubi kayu dikeliling rumah itu. Ada juga pokok mempelam, durian dan pokok janggus.Kini hanya pokok pokok kelapa sahaja yang masih tinggal kekal....pokok pokok lain ada yang dah mati, ditebang untuk membesarkan rumah tu atau pun terpaksa dikorbankan untuk membuat jalan masuk yang lebih selesa apabila kami semua mula berkerja dan membeli kereta.Kawasan tapak rumah tu agak luas..lebih kurang tiga suku ekar..jadi ruang untuk pembesaran dan tambahan senantiasa ada...cuma tunggu bila nak ada duit lebih aje untuk buat tambahan....tapi kami tidak ada duit yang banyak ketika itu...baru mula berkerja lah katakan. Semua ini adalah satu kenangan yang amat indah ketika aku masih kecil bersama rumah itu.

Masa berlalu dan yang lama harus diganti dengan yang baru.Aku sangat sedih dengan hilangnya rumah lama itu tapi aku redha.Semoga emak gembira dengan rumah baru nya dan kami semua dapat berkumpul bersama dengan lebih selesa dirumah baru ini pada hari raya tahun ini.Rumah kampung ku. Zaman ini rumah kayu dikampung bertukar kepada rumah batu.Rumahku No 403 juga kini bertukar wajah..............hanya gambar gambar ini menjadi kenangan