Sunday, July 4, 2010

Banci penduduk 2010

Banci penduduk dan perumahan 2010 akan bermula pada 6 julai 2010.Beberapa iklan mengenai nya telah pun disiarkan didalam peti TV kita.Minggu lepas, anak ku mengatakan bahawa ia akan mula menghadiri taklimat sebagai kerani banci untuk tahun ini. Dia baru menamatkan pengajian nya di UiTM Manjung.Elok lah kalau dia nak berkerja secara sambilan begini.

Bertugas sebagai kerani banci ini sudah menjadi macam tradisi didalam keluarga kami. Masa aku kecil, aku ingat kena membantu kakak mengisi borang borang banci pada masa itu.Rasa nya, kena tolong hitamkan kotak kotak yang berkenaan yang telah kakak tandakan.Kami semua mengikut arahan kakak aje..tak buat apa apa lain.Dapat upah 0.50 sen Lepas itu aku pulak jadi kerani banci, di ikuti olih adik lelaki aku.Sekarang ni bila anak ku mengikuti langkah itu, kami semua memberikan tips tip yang diperlukan supaya ia menjadi lebih mudah kepada nya.Walau bagaimana pun dia agak bernasib baik kerana dia mempunyai motosikal untuk menjalankan tugas nya.Kemudahan masa kini la....kami semua perlu jalan kaki dari rumah ke rumah atau ladang masa itu.

Sebenar nya, aku hanya terlibat didalam program banci ternakan saja masa di U dulu.Jabatan perangkaan memberi taklimat dan kami semua hanya perlu melakukan nya dalam cuti semester.Tentu lah kami satu kelas amat seronok kerana bas akan membawa kami ke tempat membuat banci tersebut.Naik bas U keluar dari U memang kegemaran kami masa itu.Gaji/elaun ...masa tu kami tak tanya pun. Lecturer kata kami diminta membantu membuat bancian dan kami menurut terus tanpa soalan.Kami semua diberitahu bahawa elaun makan kami diasrama akan diberi sebagai duit poket. Itu kira okay lah pada kami.Saya dan kumpulan dihantar ke kawasan Kg Sungei Buluh dan kawasan sekitar nya seawal tujuh pagi. Sampai destinasi, terus makan roti canai dikedai mamak disitu....kesian juga tengok mamak tu terkejar kejar membuat roti canai untuk 40 orang yang turun dari bas pada hari pertama.Untuk hari kedua, kami telah maklumkan awal pada mamak tu, supaya roti canai boleh siap cepat dan boleh kami mulakan kerja awal sikit...supaya dapat buat kerja sewaktu belum panas lah kira nya.Harga roti canai dan air teh susu hanya RM0.90 sahaja masa tu.Elaun kami RM5.00 sehari...ada baki mencukupi untuk lunch.

Membuat banci ternakan ada story nya tersendiri. Ada penternak, terutama penternak babi dan ayam yang enggan berkerjasama.Mereka ingat apabila bilangan ternakan mereka diketahui bilangan nya, LHDN akan datang mengenakan cukai.Silap silap dilepaskan anjing untuk menghalau kami.Demi tugas dan keperluan negara, kami berusaha mendapatkan data data yang diperlukan.Dikawasan kampung melayu, ada juga ibu ibu yang baik hati dan memberikan kami minuman.....terima kasih kami ucapkan.Selalu nya kami membanci hingga lepas lunch lebih sikit sahaja. Jam 3 -4 bas dah ada untuk membawa kami balik ke U...Memang letih tapi satu pengalaman yang bagus dan menyeronok kan.Aku harap anak aku juga akan mendapat pengalaman seperti aku dulu