Tuesday, April 20, 2010

30 tahun yang aman dan bahagia.



Hari ini adalah ulang tahun perkahwinan kami yang ke tiga puluh.Tanpa disedari masa berlalu begitu pantas.Pejam celik pejam celik sudah 30 tahun.Olih kerana sudah menjangkau 30 tahun maka suami ku menghadiahkan satu "day bed dari kayu mahagony" untuk aku bebaring atau duduk bila menontun TV.Bukan apa kata nya pada umur umur begini lebih elok bebaring diatas kayu daripada diatas karpet yang dibentangkan diatas lantai.Memang sudah ada kerusi panjang di rumah tu tapi faham faham lah, kerusi...panjang nya tidak sesuai untuk bebaring dengan selesa.Well frankly speaking memang lebih selesa bebaring di atas day bed itu.Thank you my darling.

Kami mula menghayati kayu kayu jati ni semenjak bercuti ke bandung tahun lepas.Masa kat lobi hotel tu, memang day bed ini lah tempat kami melepak bila nak tunggu teksi ker atau masa relax relax lepas dinner. Kami berlima bersama cucu ku suka duduk di atas perabut jati ni kerana ruang nya luas.Istimewa nya perabut jati dari indonesia ni, kayu nya kukuh dan tahan lasak.Alhamdulillah, sempena dengan ulang tahun ini aku bersyukur diatas hayat dan juga rahmat yang diberi.