Monday, August 23, 2010

Pelbagai nama dan guna



Masa Agrofest yang lepas, banyak terdapat gerai menjual pokok pokok bunga, pokok buah buahan ,herba herba tertentu yang siap dengan khasiat nya.Agrofest memang tempat menjual produk sebegini walau pun pada tahun ini nampak kurang gerai gerai sebegini.
Aku memang dah lama mencari pokok yang hendak ku tanam di tepi rumah ku...bukan pokok bunga..tapi pokok cabai.Sebenarnya dulu dah beli satu pokok dipasar tani kat stadium, tapi tak hidup pulak bila dipindahkan ditanah ditepi rumah. Agaknya tanah tak sesuai atau pun pokok memang dah berpenyakit semasa aku beli dulu.Kali ini aku cari pokok yang lebih sehat.....pada pandangan aku lah.Kali ini juga tak mahu tanam atas tanah. nak tanam balik dalam pasu.Lihat lah pokok cabai ku. Pokok cabai ada banyak nama..ada orang panggil cabai kecik, cili padi ,cabai burung, cabai melaka ,cili api , lada kecik dan sudah tentu ada nama scientifik nya..tapi aku dah tak ingat.
Hebat kan cabai atau pun cili ni.Buat tom yam kalau tak ada dia bukan tom yam lah nama nya .Orang negeri sembilan tak sah lah gulai lomak nya tanpa cabai melaka ni.Didalam keluarga aku, cabai kecik ni adalah bahan wajib didalam setiap masakan yang mengunakan cabai.Kalau buat rendang pedas sah lah kena bubuh cabai kecik ni supaya pedas boleh sampai keluar air hidung dibuatnya tapi tetap makan sampai bersiut siut.Cabai besar atau cili merah..sekadar untuk perhiasan saja.
Pokok cabai ku kini telah mula hidup sehat didalam pasu dan ada cabai yang dah mula masak.Aku amat gembira sekali.