Thursday, July 1, 2010

Bendera Malaysia.

















Masa dulu , semasa kecil kita selalu diberitahu bahawa kita perlu menghormati bendera kita.Apabila mendengar lagu "negara ku"diradio , semua orang akan berdiri tegak menghormati lagu itu seolah olah ada bendera sedang dinaikan didepan kita.Terdapat beberapa lagu lagu mengenai bendera kita sewaktu itu.Sewaktu bersekolah rendah lagu yang aku ingat adalah

"Merah , Putih ,Kuning dan Biru
Bendera Persekutuan Tanah Melayu
Bendera bangsa dan negara ku
Bendera dipuja setiap waktu.
Mari sekelian saudara dan saudari
Ketiang tinggi kita pergi
Bawa lah bendera ..pujaan diri
Bendera persekutuan tanah melayu

Dengar lagu ni kita terus tahu ada empat warna dalam bendera kita, kemudian baru lah mengetahui mengenai bulan dan jumlah penjuru bintang dan sebab sebab ia nya digunakan.Lagu ini pendek dan mudah di ingati. Biasa lah lagu lagu lama ni dibuat pendek pendek.
Sekarang ni, lagu mengenai bendera diberi nama "Jalur Gemilang"Lagu nya rancak dan menarik tetapi ia tidak menyebut tentang warna warna didalam bendera .Aku masih ingat, setiap warna didalam bendera ini mempunyai makna makna yang tersendiri dan guru sekolah ku selalu mengadakan kuiz mengenai makna makna warna ini.Kami didalam darjah selalu membuat latih tubi sesama sendiri untuk mengingati nya setiap kali guru berkenaan akan memasuki kelas.Biasa lah, kuiz mengejut dan bila terkejut begitu biasanya ada lah yang lupa atau tersilap makna warna warna itu.Sekarang ni aku rasa ingat ingat lupa ...maklum lah lama tak di latih tubi...........
Sebenarnya kuiz kuiz sebegitu amat sesuai dijalankan disekolah, dipusat latihan belia atau dimana saja supaya semangat warna warna ini dapat di ingati dan dihayati olih generasi masa kini.Perancangan dan amalan masa kini membantu membentuk generasi masa akan datang