Sunday, March 6, 2011

RUMAH BARU EMAK SUDAH SIAP



Pada bulan november 2010, rumah emak siap dibena . Rumah dicat warna krim dan tingkap tingkap dicat warna merah dikeliling nya. Ini semua warna pilihan abang.Rumah baru mak mempunyai empat bilek tidor satu hall yand sederhana besar dan ruang dapur yang agak luas, 3 bilek air dan satu car porch yang luas.

Saperti biasa apabila kita memasuki rumah baru, ada lah beberapa pekara yang perlu dilakukan.Kami mengadakan majlis doa selamat dan kesyukuran pada bulan tersebut. Sebelum itu kami bergotong royong membersihkan kawasan rumah serta menanam rumput dan beberapa pokok pokok bunga disitu.

Emak memang gembira dengan rumah baru ini kerana ia lebih selesa bagi nya daripada rumah lama yang dua tingkat.Kami semua pun tumpang gembira walaupun kami tidak tingal disitu lagi.Rumah lama tetap kekal dalam kenangan kami.Rumah no 403 dulu dan kini.

No comments:

Post a Comment