Monday, November 28, 2011

Rombongan ke Hatyai 2H1M

Hujung minggu lepas, kami empat beranak telah pergi bercuti ke Hatyai. Rombongan diatur olih pejabat AA.Kami bertolak jam 11.00 malam dari medan Gopeng dan sampai di Bukit kayu hitam jam 5.00 pagi.Ketua rombongan menguruskan semua urusan dengan imegresen malaysia tapi urusan dgn imegresen Thailand perlu dilakukan sendiri.
Salepas solat subuh dan sarapan pagi, ketua rombongan dari Thailand mengambil alih tugasan sebagai "tour leader" mula memberi penerangan kepada kami tentang program percutian tersebut. Satu percutian yang rengkas tapi padat.
Perjalanan dari Danok atau Bt Kayu Hitam dipenuhi olih penerangan olih Kak Shida(tour leader siam kami) Kami diajar beberapa perkataan siam yang mudah dan mungkin akan digunakan kelak.Kami dibawa bershoping di Nora Plaza yang menjual barangan kulit daripada kulit lembu dan kulit kambing dan ke Hatyai City tour , terus makan tengah hari di sebuah restoren islam disana. Salepas lunch kami check in hotel untuk membersihkan diri dan keluar kembali untuk lawatan seterusnya Kami dibawa ke Kedai madu lebah yang terkenal dengan madu lebah asli nya,kemudian ka Tang Kuan Hill station (105m tinggi)yang seakan bukit bendera di Pulau Pinang cuma untuk naik kepuncak ada disediakan lift yang mengantikan tangga. Dipuncak nya kita dapat melihat keindahan pekan songkla dan udaranya agak sejuk sikit dipuncak.Kami juga dibawa melawat pantai Samila, Klonghae floating Market dimana berbagai barangan dijual olih peniaga peniaga dari dalam sampan dan seterusnya menghabiskan masa dipasar malam disitu.
Balik ke hotel kena berjalan kaki atau ikut suka sendiri, naik tuk tuk sebab bas tidak dapat menunggu kami dikawasan pasar malam.Jarak antara hotel dan pasar malam hanya 400 meter.Nama Hotel kami River Grand Suite Hotel atau nama lama nya disebut River Inn.Hotel ini bolih lah dikatakan sebagai muslim hotel kerana berdekatan dengan tempat tempat makan muslim.
Satelah sampai dihotel, ramai yang telah keletihan, maklumlah kira macam 24 jam kami duduk dalam bas atau berjalan serta shoping sejak dari mula bertolak dari Ipoh.Kaki pun terasa sakit sakit dan leteh tetapi kak Shida telah membuat perancangan dengan tukang urut disitu.
Dengan bayaran RM 30.00 kami mendapat rawatan urutan badan selama 2 jam dibilek.Lepas diurut, badan terasa selesa sekali.

Hill station dan panorama dipuncak
Rumah api dipuncak
Bergambar ramai didepan hotel sebelum bertolak balik

No comments:

Post a Comment