Monday, June 21, 2010
Tauladan dari burung kakak tua.
Cerita ini aku dengar dari radio..mungkin elok untuk dikongsikan maka aku tulis lah kat blog ni.Baca lah kalau rasa sesuai.Ini adalah cerita dari seorang pakar motivasi.
Cerita nya begini.Disebuah pekan kecil terdapat seorang doktor yang baru membuka klinik nya.Olih kerana disitu tidak ada doktor lain, maka semua penduduk dipekan itu bertumpu ke klinik ini.Doktor ini berkerja seorang diri sahaja. Dia doktor, dia juga tukang bagi ubat tetapi klinik nya maju walau pun pesakit terpaksa menunggu lama untuk dilayan. Pesakit tidak pernah merungut lambat dilayan.Lama kelamaan pesakit mula berebut untuk berjumpa doktor.
Untuk mengatasi masaalah ini doktor tadi membeli saekor burung kakak tua yang telah dilatih untuk berkata " One by one"...."One by one" Pesakit pun mula mendengar arahan dari burung tadi dan tidak berebut rebut untuk berjumpa doktor dan akhirnya doktor tadi berjaya dan menjadi kaya.
Satu malam, klinik ini dimasuki pecuri dan burung tadi masih terus berkata "One by one" dan ini menimbulkan kemarahan kepada pencuri tadi.Pencuri terus mencabut bulu bulu burung kakak tua ini satu persatu hingga habis kerana ia tetap berkata "One by one".Tidak lama kemudian burung ini mati kerana kesejukan.
Moral cerita nya adalah , kita tidak bolih terlalu selesa dengan sesuatu yang ada dikeliling kita dan enggan membuat perubahan atau mencari kelainan.Sebenarnya dalam usaha kita mencari kelainan ia akan membuka minda kita untuk mencipta/membuat inovasi dan ini adalah sesuatu yang baik untuk diri kita
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment