Monday, June 21, 2010

Burung kakak tua.



Burung kakak tua adalah sejenis burung yang boleh diajar untuk berkata kata,..agak nya lidah burung ini lembut kot. (masa kecik bila mengaji tak betul ustaz kata lidah keras....eeemm kalah dengan burung nampak nya.)Sewaktu wabak selsema burung berlaku di negeri tempat aku berkerja, aku dan rakan sekerja yang lain diarahkan mengambil sampel di Bukit Merah lake town resort.Disitu terdapat beberapa ekor burung kakak tua yang pandai berkata kata. Ada yang warna merah hijau dan juga yang yang warna kuning biru.
Memang cantik burung burung itu.Sebaik sahaja kita menjengok ke ruang sangkar nya , terus kedengaran perkataan "Helllooo" helloo berulang kali.Pada mula nya aku agak tercari cari siapa kah yang memberi ucapan hellooo itu..dan akhir nya baru aku temui penyambut tetamu yang asyik berkata "helloo"tadi.Mereka adalah burung kakak tua yang ada di resort tersebut..
Aku diberitahu bahawa harga burung burung yang sudah pandai bercakap ini mencecah sehingga 40K ke 50K sekor.Berapa lama proses melembutkan lidah tidak lah aku tanya kerana aku datang untung menjalankan tugas mengambil sampel dari burung ini, tambahan pula hari telah mulai gelap.
Menjelang jam 10 malam kami pun selesai mengambil sampel dari resort in dan perlu kembali kepejabat untuk tindakan seterusnya.Ucapan hellooo dari burung tadi senantiasa berada didalam ingatan aku..kerana walaupun ia memberi ucapan helloo dan nampak mesra ....tetapi jika kita tersilap atau alpa seketika ia akan mengigit....dan aku menjadi mangsanya pada masa itu kerana trainer nya teralpa sebentar.......tidak ada kecederaan yang besar kerana cepat diambil tindakan olih trainer tadi........nasib baik tak positif selsema burung.....ha ha ha heellooo helloo begitu lah bunyi burung kakak tua yang pandai berkata kata itu.

No comments:

Post a Comment