Monday, June 21, 2010

Musim cuti sekolah.

Perkahwinan anak saudara ku

Musim cuti sekolah datang dan pergi setiap tahun.Banyak aktiviti berlaku masa cuti sekolah .Mungkin kerana ibu bapa dan sanak saudara mampu meluangkan masa untuk bersama keluarga ketika itu.Ada majlis kenduri kahwin disana sini, dan ada anak yang nak bersunat, yang hendak balik kekampung menziarah kaum keluarga disana, kalau musim durian, tentulah kekebun mengutip durian, ada yang pergi berkelah ke kawasan air terjun dan kadang kala ada kumpulan Fun fair juga datang ke bandar.Walau apa pun yang paling utama ada lah majlis perkahwinan.

Cuti sekolah kali ini aku menerima 6 kad jemputan 1 SMS untuk majlis perkahwinan. Inshaallah yang dekat dengan tempat tinggal dan dari rakan kenalan , semua nya aku akan cuba menghadirkan diri untuk meraikan majlis.Majlis perkahwinan masa kini amat berbeza dengan zaman masa aku berkahwin dahulu.....Mungkin kerana standard kehidupan masakini lebih baik dari masa dulu.Pebelanjaan mengadakan kenduri kahwin makan mata puluhan ribu.Kebanyakan keperluan semua nya ditempah dan hanya perlu bayar saja nilai upahan nya.Ada pekara yang diuruskan olih kaum keluarga dan banyak juga yang sememangnya bangsa cina yang menjadi pembekalnya. Sungguh mudah untuk mengadakan majlis perkahwinan. Majlis perkahwinan masa kini juga rasanya banyak berlaku pembaziran kerana membeli keperluan yang tidak berfaedah. Ia sudah menjadi satu budaya, maka setiap keluarga pengantin akan berusaha untuk menyediakan.

Majlis perkahwinan adalah satu majlis yang amat penting bagi kedua dua pengantin dan juga keluarga pengantin.Zaman aku kahwin dulu tak lah begitu besar belanja nya....majlis kecil sahaja dan cukup seadanya .........aku sekadar mengenang dan membandingkan suasana ketika itu.Selamat berkahwin kepada semua yang akan berkahwin masa cuti sekolah.....semoga berbahagia hingga akhir hayat.

No comments:

Post a Comment