Monday, June 14, 2010
Kopi "O"
Ketika masih kecil , kami adik beradik tahu bila petang minum kopi O. Emak akan buat kopi satu cerek dan siap tuangkan kedalam kole kole yang mencukupi untuk kami semua.Kekadang bila abang terlampau asyik bermain bola dan tak balik minum kopi , kami akan tahu bahawa abang yang belum minum kopi nya.Ini kerana kole kole tersebut ada own identity yang kami masing masing kenal dan tahu ownernya walaupun kole kole tu sama warna dan size nya.Kopi yang kami minum itu dibeli dari pasar setiap bulan dan biasanya biji biji kopi itu akan dipilih olih emak mengikut grade dan disuruh cina penjual kopi itu mesinkan.Kena tunggu lah sekejap sementara biji biji kopi itu dimesin halus.Yang pasti kami lah yang disuruh tunggu kopi itu dikisar sementara emak kegerai sebelah untuk membeli keperluan dapor yang lain.Memang sedap minum kopi O ketika itu.Kelazatan kopi sebenar yang segar dan harum.
Ramai orang suka minum kopi .Tak kira lah kopi O atau pun kopi susu.Ada yang tegar kopi O .Tak bolih tak dapat kopi setiap hari. Pada masa itu kami tahu petang mesti ada kopi..biasanya O lah tapi kekadang dapat juga kopi susu.Kira macam ketagih lah juga ketika tu dengan routine minum kopi petang petang ni.Sebelah pagi biasanya kami minum teh susu, atau milo dan adakala dapat minum horlick.Bila semakin membesar, kami saja acah acah emak untuk minum kopi susu juga sebelah petang.Emak nampaknya bersetuju, mungkin masa itu rezeki pun murah sikit dan mampu membeli susu.Kalau kopi susu, banyak kena pakai susu baru sedap ...bayangkan nak buat satu cerek...jadi emak menukarkan kopi kepada nescafe. Masa itu Nescafe baru mula masuk pasaran...harga pun tak mahal sangat jadi mampu lah dibeli olih emak. Bermula dari itu setiap petang kami akan minum nescafe susu.Apabila dah besar dan berkerja..masa nak buat kopi pun dah tak ada.Pagi kena keluar cepat, petang sampai rumah pun dah nak magrib...bila nak minum kopi...Minum kopi ni yang syok nya bila minum berdua atau bertiga..tapi sekarang aku kena tunggu hubby balik dari KK baru ada member minum....kira dah lewat petang lah kalau macam tu.Sekarang ...kalau lewat minum kopi dah tak bolih lena malam nanti.
Aku amat suka kehidupan masa dulu. Semua nya mudah dan selesa.Waktu tu abah kerja jam lapan pagi dan habis kerja jam empat petang. Abah sampai kerumah jam 4.30 petang dan kami akan minum kopi bersama abah dan emak.Biasanya ada biskut krim kraker sekali yang dibeli satu tin setiap bulan.Tak ada masalah nak tidur pada waktu malam.Alangkah indah nya jika segalanya dapat diputarkan kembali.Aku merindui zaman kanak kanak yang telah dilalui.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment