Tuesday, September 14, 2010

Hari raya datang dan pergi.

Hari ini 6 syawal.Cepat sungguh masa berlalu. Rasa nya baru saja berkumpul beramai- ramai dengan adik beradik meraikan hari raya yang mulia, bermaaf-maafan.Tahun ini kami semua berhari raya di rumah kakak kerana rumah emak yang sedang dalam pembenaan tidak dapat disiapkan seperti yang dijangka.

Kakak tidak lupa memasak lauk pauk kegemaran kami semua setiap kali hari raya yang biasanya dinikmati dirumah emak.Memang ramai sekali yang berkumpul di rumah kakak,anak cucu mak dan anak cucu kakak.Ketupat dan rendang pedas yang biasa dibuat memang kena dicatu kerana takut yang lambat sampai tak merasa . Bukan tak bolih buat masa tak raya tetapi masa raya begini, rendang daging dan rendang ayam dibuat serentak, itu yang best nya.Kakak memang masak rendang tu berkilo kilo daging nya dan berekor ekor juga ayam yang menjadi korban hari raya di rumah kakak.Saperti biasa bila dah berkumpul ramai ramai begitu, sambil berborak mulut pun mengunyah, itu yang jadi cepat habis.Ketupat pun dengar cerita nya mak dan kakak menganyam lebih kurang 104 biji.Penat juga lah orang yang menjaga api ketupat tu, tetapi semua berjalan lancar, ketupatnya lembut dan masak sepenuhnya.

Tahun ini keluarga sebelah suami mengadakan perhimpunan keluarga belah mak mertua. Perhimpunan ini diadakan setiap lima tahun dan tahun ini adalah perhimpunan yang ketiga.Perhimpunan ini diadakan di Malau Kulim.Masa masa begini kita dapat lihat bagai mana anak anak saudara, cucu cucu saudara yang begitu cepat membesar dan hampir sukar untuk dikenali.Sewaktu mula berkumpul, kami semua lebih bertegur sapa dengan kumpulan segenerasi .maklumlah...mereka yang kita kenal dan sebaya kita tetapi menjelang tengah hari kemeriahan dan kemesraan segera terjalin antara semua.

Budak budak kecil yang nakal, yang aku kenal masa dulu kini sedang menuntut di universiti untuk menmjadi doktor. engineer dan macam macam lagi yang tidak dapat nak aku ingat semua nya.Ada yang mengenali aku dan ada yang tidak mengenali aku langsung.Mungkin lima tahun lagi akan ada banyak lagi perubahan dikalangan budak budak ini , tidak lupa perubahan pada diri ku sendiri.Apa apa pun perhimpunan keluarga begini mampu mengeratkan silatulrahim dikalangan keluarga yang jauh.Lihat lah kami semua didalam gambar ini.

No comments:

Post a Comment