Sunday, July 25, 2010

Masa dan ketika










Satu kumpulan sarkas telah datang untuk mengadakan pertunjukan. Ada pertunjukan haiwan seperti harimau , monyet dan juga gajah, serta persembahan badut dan akrobatik.Setiap pagi selepas makan , maka gembala haiwan ini akan membawa gajah gajah dibawah kelolaan nya untuk ke tepi sungai berdekatan untuk mandi dan berehat.
Secara kebetulan pada hari tersebut, kerja kerja membaiki jambatan sedang dijalankan dan pekerja jambatan baru saja menyemen.
Sampai di jambatan tadi, gajah terus saja berjalan diatas semen yang masih basah untuk terus kesungai tanpa disedari olih gembala tadi.Kejadian ini diperhatikan olih sekumpulan kanak kanak yang sedang bermain berdekatan.Gajah gajah itu pulang kesarkas mengikut jalan lain ditepi sungei.
Selepas gajah tadi lalu, maka kanak kanak tadi, terus melihat kesan pada semen tersebut.Olih sebab semen masih basah dan lembut, maka ia telah kembali ke keadaan asal nya.Ini telah memberi satu idea kepada kanak kanak tadi. Sebelah petang apabila pekerja jambatan telah meninggalkan tapak benaan, maka kanak kanak ini terus berlari lari diatas semen yang separuh kering tadi serta menulis nama masing masing disitu.
Besok pagi kanak tadi terus pergi ke jambatan tadi dan amat terperanjat kerana kesan kaki dan tulisan mereka masih kekal diatas jambatan.Akhirnya mereka semua dimarahi olih ibu bapa masing setelah pekerja jambatan mebuat laporan.
Kesimpulan nya adalah, kita perlu membentuk, menasihat dan melentur anak kita pada satu perengkat masa yang paling sesuai untuk mereka menerima dan memahami nya. Tidak terlalu awal dan tidak juga terlalu lewat seumpama semen yang dipijak olih gajah tetapi tidak memberi apa apa kesan pada semen bebanding dengan kanak kanak yang kecil tetapi mampu meninggalkan kesan yang kekal.Faktor masa menjadi penentuan.

No comments:

Post a Comment