Sunday, May 23, 2010

Saat demi saat............yang menyedihkan





Hari sabtu lepas kami selesai memindahkan barang dari rumah mak ke pondok sementara.....tinggal yang kecil dan ringan sahaja yang belum dipindah.Emak telah membawa barang mak kerumah kakak.Pada pagi esok nya datang beberapa pekerja india dan mereka mula membuka atap rumah dan dinding dinding.Mak amat sedih apabila rumah itu mula dibuka satu persatu...mak menanggis, aku pun sedih dan rasa nak menanggis juga...memang amat sedih melihatnya.Cucu cucu mak yang membesar disitu kata mereka pun rasa nak menanggis...sedih kata mereka.
Kami memerhati dan memeriksa kayu kayu yang diruntuhkan itu...ada yang masih elok dan berkeadaan baik ada yang memang dah teruk dimakan anai anai.Kata india tu, lain sikit masa aje ia akan roboh. Kayu kayu yang dimakan anai anai adalah kayu bahagian buat ceiling...ini adalah kerja kerja tambahan yang dibuat kemudian....kayu tidak dirawat langsung ketika itu.Jimat belanja lah kata kan...dibuat bila kakak nak kahwin dulu.Kayu yang elok diambil olih india tu....bolih dijual semula sebab kayu lama lama ni masih berkualiti.Rumah baru mak nanti tidak akan menggunakan kayu lagi...semua akan pakai tiang tiang alluminium...tak karat..dan tak makan dek anai anai......Inshaallah
Lihat lah gambar gambar yang dapat aku ambil ketika itu.
Tempayan antik kepunyaan mak juga pecah dibuat olih india tu. Tak sengaja kata nya..kami semua amat geram dibuatnya.Tempayan yang ada gambar naga.Tempayan tu setahu aku telah ada bersama keluarga ku semenjak kami masih kecil lagi.Mak simpan beras dalam tempayan tu kerana dulu kalau beli beras biasanya beli dekat seguni sebab kami ramai,masih kecil dan selera makan pun kuat.Simpan dalam tempayan tu petua orang tua tua bolih bawa keberkatan.Beli barang barang dapur ni dulu dibuat sebulan sekali aje sebab abah kerja polis, selalu sibuk dan tak ada banyak masa nak kekedai runcit.Masa tu beras dalam plastik tak ada....beli kira kati.Sekarang ni beras disimpan dalam tempayan dengan bag plastik nya sekali.
Ada bangku batu depan rumah, kami minta india tu tolong alihkan tetapi dia kata berat dan bila dia pecahkan dinding rumah, bangku tu pecah sekali.Bangku tu pembelian kakak masa dia mula mendapat gaji pertama nya sebagai operator mesin tebok dikuala lumpur.Kira sentimental lah tu.....pun pecah..dah tak cantik...dan...sedih lah kami.Kami selalu duduk disitu petang petang bulan puasa keletihan tunggu masa untuk berbuka sambil melihat orang lalu lalang didepan rumah itu.Menjelang hari raya kami semua akan bermain mercun dan bunga api disitu dan abah akan duduk dibangku memerhati dan mengawasi kami bermain....mercun memang abah lah yang belikan.....ahhhh... sungguh manis kenangan itu...tidak dapat ku lupakan

No comments:

Post a Comment