Sunday, May 2, 2010

Ambil ubat di klinik .

Pada masa tu,aku berumur 8 tahun lebih. Pada suatu pagi ketika mak mengejutkan kami untuk pergi seklolah, mak kata badan ku panas.Deman lah tu..dan kata mak tak payah lah pergi sekolah.Pada masa tu pergi sekolah ker tak pergi sekolah, pada aku biasa saja. Aku hanya mengikut saja arahan atau pun apa yang mak atau abah cakap.Mematuhi sepenuhnya.Mak kata lepas makan nasi nanti boleh pergi klinik di Kg S.

Saperti biasa mak perlu menyiapkan makanan tengah hari untuk abah sebelum pergi ke klinik.Aku disuruh bebaring rehat dulu tapi budak mana lah tahu nak baring rehat kalau dia tak mengantuk..jadi aku pun duduk didapur tengok mak memasak.Lepas siap memasak , mak mencari botol botol untuk dibasuh untuk dibawa keklinik. Botol tu untuk isi ubat yang doktor nak bagi nanti.Biasa nya botol ubat batuk breacol yang digunakan.Botol tu dibasuh dan dikering sebelum dibungkus elok untuk dibawa keklinik.

Lepas abah makan nasi dan semua kerja dirumah sudah dibereskan,mak akan bersiap dan kami akan berjalan dari berek polis menunggu bas untuk ke klinik.Bas yang dinaiki akan berjalan dan memusing beberapa jalan jalan tertentu dan akhirnya sampai ke Klinik di Kg S. Klinik tu hanya lah sebuah bangunan kayu yang tidak bercat. Kawasan luar pun tidak begitu terurus tetapi klinik di Kg S ini sangat popular kepada warga warga polis di SS.Ramai juga orang cina dan india menunggu untuk berjumpa doktor ketika itu.Aku pun duduk menunggu giliran untuk berjumpa doktor dan seterusnya mengambil ubat dengan menggunakan botol yang dibawa tadi. Jika dapat ubat pil, tak lah gunakan botol tadi tetapi biasa nya dapat ubat cecair dan botol tadi amat berguna.Kalau tak ada botol, ...kena beli botol dekat satu nyonya tua kat luar klinik.Kata mak kalau beli rugi sebab mahal..harga nya antara sepuluh sen hingga ke tiga puluh sen..mengikut besar kecil botol.

Tidak lama kemudian mak kata kalau ke klinik atau hospital tak payah bawa botol lagi kerana akan dibekalkan dengan botol botol plastik untuk mengisi ubat secara percuma. Tak perlu lagi simpan botol ubat batuk breacol, tak payah cuci botol. Amat mudah sekali.Pada masa itu aku juga rasa alang kah baiknya situasi yang begitu tetapi kini apabila aku telah dewasa, aku dapat rasakan pencemaran yang dibawa olih botol botol plastik ini. Bayangkan berapa ribu botol plastik yang diberikan olih klinik klinik ini.Bagaimana hendak ambil ubat di klinik dan bagaimana kita hendak mengatasi pencemaran ini kepada alam sekitar.

No comments:

Post a Comment